Mungkin, untuk
hari ini, telah terbetik di benak qalbumu mahu disambut girang. Sebaliknya
harus kau ratapi berlalunya waktu. Seharusnya engkau muhasabah usahamu.
Seharusnya engkau menilik diri akan sifat mahmudah dan mazmuzah yang ada pada
dirimu.
Apa ertinya
meningkatnya umur bila tidak meningkat amal? Apa erti sebenar hidup yang kau
jalani? Adalah rahmat Allah yang mengurniakanmu ni’mat waktu untuk
memperbetulkan apa yang selama ini engkau zalimi hak kejadiannya. Meningkatnya
angka perkiraan umur hidup seharusnya mengingatkanmu akan waktu yang telah
engkau sia-siakan atau yang telah engkau manfaatkan.
Hidup ini
diumpamakanNya sebagai beberapa saat. Adakah kau mahu menyambut sesaat atau
sepertiga saat, atau waktu yang tiada dalam perkiraan akhirat? Cukup selesakah
sudah jumlah himpunan amalmu? Redhakah Dia dengan keadaanmu kini? Tanya lagi
pada diri, bagaimana cara engkau menghargai ni’mat umur ini?
Katakan
pada diri, tidak berhak dirimu untuk ketawa riang pada hari ini selagi belum
kau pintas perkiraan kebajikanmu berbanding perkiraan dosa mu. Belum cukup
bersyukur, malah meminta diberi lebih. Ku katakan sekali lagi, tidak berhak.
Belum waktunya engkau menyambut girang. Belum saatnya...
Tingkatkanlah amal, perhaluskan keikhlasan
dan perbaiki hubungan.
Mengapa selalu tersasar pandangan?
Ikhlas buat diriku,
hadiah peringatan ulang tahun,
sebuah tamparan realiti,
kerna ini lebih baik untuk diriku.
No comments:
Post a Comment