Saturday, October 2, 2010

kejayaan bukan untuk orang manja

Salaamwarahmatullah.

Setelah sekian lama... mata ini menitiskan airmata kerana manusia juga. Setelah sekian lama merasa diri ini hanya dapat menitiskan airmata untuk-Nya. Malam ini, aku sedar tentang banyak perkara. Walau berada ditengah-tengah orang ramai, rasanya bagai hanya seorang. Tapi Alhamdulillah, walau sakit di hati tapi terasa ada yang memujuk. Tak perlu ku ungkapkan disini dari mana, hanya orang-orang yang pernah mengalaminya saja akan tahu apa rasanya.

Ketika kerjamu tidak dihargai maka engkau belajar tentang keikhlasan
ketika engkau disakiti maka engkau belajar tentang memaafkan
ketika engkau dizalimi maka engkau belajar tentang kesabaran
ketika engkau sendirian maka engkau belajar tentang untuk mandiri

Biar diperli, biar diejek. Asal niatmu kerana Allah, tiada apa yang layak diambil kira.

Syukur alhamdulillah. Ujian itu pahit, kerana syurga itu manis.

No comments: